YAA/YA/Tuan/Puan,
Sukacita
merujuk perkara di atas, Portal Rasmi EKSA Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah diwujudkan di alamat : eksamswpkl.blogspot.com bagi
mempromosi pelaksanaan EKSA di MSWPKL. Portal ini juga dijadikan
sebagai medium utama bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting
berkenaan aktiviti, perancangan, rujukan dan sebagainya berkenaan EKSA
jabatan.
Sehubungan
itu, warga MSWPKL dikehendaki sentiasa mengunjungi portal tersebut bagi
mendapatkan bahan rujukan, maklumat terkini aktiviti dan pelbagai lagi
informasi EKSA jabatan. Akses ke portal EKSA MSWPKL melalui pautan http://eksamswpkl.blogspot.com
Semoga
hasrat jabatan untuk menerima pengiktirafan EKSA pada tahun ini akan
tercapai dengan kerjasama semua pihak di Mahkamah Syariah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Sekian, Terima Kasih.